Pages

Saturday 2 October 2010

Malaysian student society Manchester open house

Wake up!!!!!Wake up!!adoyaiii..Makcik tu dah bising daa....ahaks!!!kitaorg nak plan nak g Malaysian student society Manchester open house,Kelam kabut Mandi,siap2,Zazzzzzzzzz trus kuar..Mak aii smp2 kat sana dah macam Chines New Year nya
celebration pun ada,korang tgk la picture tu..cina lagi ramai da..tp dalam ramai2 tu biler aku,helena,patt,sophie smp dah macam budak umor 17 pun ada..hehehheh.( gediks konon pasan muda ).kitaorg queue up la nak amik food,dah open house kan,kat hall lak tu,ramai korang imagine sendiri la..tp bile smp kat table food nak amik food,wakakkakka..skali ada 3-4 menu jerk,sedeynya jadi student kat cni...Aku ingat next year punya open house aku amik tender tuk masak,ok tak??( lagi pasan gediks )..tp betul la,klu aku masak lagi sedap kot aku rasa kekkekekke,tp alhamdulillah rezki tuhan dah pan mata kan??kitaorg pe lagi baham jerk la!!!....sambl2 kitaorg menikmati juadah yg tak brape nak syok tu,ada la show dari one of budak2 student dari Uni mana tah,buat show cam babeng,nak jerk aku naek kasi gempak itu show..wakkakakka..(lagi gediks ) ;-)..arghhh pe2 jer la,aku dah panas telinga,takut taik tinga kuar jatuh lam pinggan sbb tgh menjamah nasi buatan saper tah,aku,helen,patt cepat2 abiskan food,salam2 and kitaorg CA ALIP BOT!!emmm,lega rasa dapat kuar dari situ..jem jap otak dok kat dalam!!
Finally ktorg kuar..alhamdulillah...









How to takle woman Heart!!!

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Walaupun kau bukan kekasih..... Namun bukan sekadar TEMAN biasa Hadirmu membawa cahaya Di hati nan terluka♥

Aku pun tak tau la nak kata apa skrg ni....perasaan yg bagi aku tak sepatut nya muncul dlm hati aku tiba-tiba leh ada..haishhhhh org selalu cakap kn 'Cinta antara kawan @ kawan baik ni mmg menyeksa diri.....hahahhahah ye arrr mula2 kawan...lepas tu jatuh hati....lepas tu segan nak bagi tau takut nk bagi tau....SEBAB nya TAKUT....Takut sbb apa...pihak sana tak leh terima ka...tau apa la...(mcm mana aku aku nk ckp) huhuhuhuhu sebrnya aku tak nk kehlgan kwn tu jer la....so skng ni yg blh aku lakukn bt2 mcm tak ada apa2....snyap...br la hati n dri aku jer yg tau...apa yg terjadi...bercinta br satu...berkawan br beribu....kn kn kn ...haishhhh soal hati ni...mcm2 la.....apa-apa pun...hidup kena terus kn...hati gembira...tak mo sedih-sedih ngan cerita-cerita lapok zaman dahulu kala...hahhaahha 


Hot Bath!!!!!!

chop3x.. nih bukan nak cerita lucah ek. laju je u all tekan bila tgk tajuk gini kan? (ada unsur lucah ker). ok, wa terpikir nak post entry nih kat fb note wa sebaik saja wa kuar bilik air pagi td. yer, wa mandi pun pikirkan fb tau. lihat, betapa obsesnya wa dengan fb notes nih. babeng kan?

wa ni jenis kalau bangun tdow, mata wa pedih, yelah, tdow x ikut time, suka suki bila nak bangun kan, of coz lah mata xnak celik, bila paksa celik, jadilah pedih. lagi satu mata wa ni tak boleh kena habuk, nanti jadi alergik pastu gatal2 (gedik kan?).... pagi tadi macam biasa, bangun tidur terus check e-mail dulu. (macam la besar sangat bisnes kau bangun2 nak check e-mail?)...

pastu wa masuk toilet. mandi la kan. wa pasang niat nak cuci rambut today. then wa capai botol syampu. selambak wa tekan syampu tu, penuh tapak tangan. wa pun syampu... aik, napa xda buih nih? wa amek lagi botol syampu, wa picit lagi. selambak lagi. wa memang tamak... so??? ish. napa xda buih nih? heran sungguh la...

pastu dengan mata yang sepet, (pedih konon)... wa tengok balik label botol. "soft and smooth conditioner". ambik ko! dasar rabun. botol conditioner xnak sama lak dengan botol syampu.. ahahha... so hasilnya hari ni rambot wa giler punya silk la kan, sebab wa dah tenyeh conditioner tu banyak2. ahahaha........

ni tiba2 ternostalgia. time sekolah dulu pernah terjadi, wa bangun tidur, wa mamai2, wa masuk bilik air. dengan mata x bukak, wa capai berus gigi. pastu wa capai ubat gigi, wa letak atas berus gigi... (macam nak bg tips gosok gigi je). pastu wa gosot gigi, bluek! napa lain macam rasa ubat gigi ni? lagi la! wa bukan letak ubat gigi, wa letak pencuci muka. lagi sekali ulang, pencuci muka! apa jadah wa gosok gigi guna pencuci muka pagi tu?

ahahaha..lawak ke tak? wa rasa nak lempang berus gigi tu laju2. moral of the story, nak mandi bukak mata. ahaha.... so, eksiden di bilik mandi ni pernah jadi tak kat lu org? 

Surat untuk Mak,Ayah & Semua Family

Andai aku diberi ruang kesempatan dapat memutar semula waktu, aku ingin kembali kepada waktu 20 tahun yang lalu. Akan aku bermula semula dari situ. Kerana 20 tahun yang lalu aku masih belum kenal erti dunia. Dan belum pernah aku tertarik kepada jerat manusia…

Namun itu tak akan terjadi kerana walaupun ada keajaiban, ia hanyalah akan membawa aku ke arus yang menyesatkan. Makin lama aku hanya makin jauh dari dataran yang selamat untuk berpijak. Dah lama aku tidak berpijak di atas daratan itu. Daratan yang digelar kehidupan yang sepatutnya.

Aku dalam arus ini sudah mampu berenang. Aku nampak ada jalan untuk aku ke daratan sana. Namun aku teruskan kehendak arus. Aku biarkan arus membawa aku ke hadapan kerana aku sebolehnya mahu tinggalkan arus dibelakang sana…yang pernah menolak aku ke sini sekarang.

Indahnya saat kanak-kanak itu. Berbasikal untuk ke sekolah dan bermain lompat getah waktu rehat hingga sanggup tak makan. Seorang pengawas sekolah yang menjadi perhatian guru kerana petah berkata-kata dan yakin untuk ke hadapan memberi pandangan. Juga seorang sahabat yang nakal dan memberi hiburan dalam kumpulan remaja kecil.

Indahnya saat menjadi anak MAK ketika itu. Menjadi harapan MAK untuk menjaga adik-adik ketika MAK keluar mencari rezeki. Indah juga menjadi insan itu kerana sedar akan tanggungjawabnya.

20 tahun lalu, aku lah kanak-kanak itu. Akulah anak itu… arus mengubah aku dan kanak-kanak harapan guru, sekolah dan keluarga seakan samar dan berlari keluar dari dalam diri.

Siapa aku hari ini? aku bukan lagi kanak-kanak itu walaupun tubuh yang membesar ini masih lagi tubuhnya. Nama ini masih namanya. Namun hati dan jiwa ini bukan lagi dia…

Dulu tangan MAK yang memukul aku terasa pedihnya namun tak terluka di dalam kerana memang salah aku. Kini walaupun tak pedih di kulit, hati sering terpukul dek air mata dan wajah suram MAK kerana itu juga salah aku. MAK tak pernah ingin menghukum. Segala kesilapan hanyalah hukuman aku buat sendiri. Aku mengalirkan air mata ibu. Aku melahirkan keluhan ayah.

Itulah hukuman aku. Melihat kekecewaan mereka…Aku syg Mak aku..Aku syg Ayah aku..Aku syg family aku!!

Letter for BFF..Thank u...two simple words i want to use right now to tell u how much i appreciate u guy's into my life

  1. Thank u for always being my EXACTLY when i needed u,thank u for being the one i could tell anything to,thank u for being my crying shoulder,thank u for defending me,thank u for telling me how much u liked being my friend..thank u for understanding me when i felt like no one did,thank u for telling me i wasn't alone,thank u for putting up with me when i was crabby,rude,whinny and a brat,thank u for whipping away my tears,thank u for telling me everything would me ok,thank u for complimenting me,thank u for opening to me,thank u for trusting me with all your secret,thank u for making me feel needed,thank u for believing in me,thank u for making me feel good and confident,thank u for letting me know  i wasn't the only one who did klutz thing,thank u for giving me the best of two choice,thank u for all times u made me laugh,thank u for listening,thank u for talking to me,thank u for taking me out of trouble,thank u for all the times u took the blame,thank u for helping me,thank u for giving me advice,thank u for encouraging me,thank u for sticking with me when everyone else left,thank u for doing crazy,silly thing with me,thank u for sharing with me some of the happiest moment in my life,thank u for forgiving me whenever i hurt u,thank u for comforting me when i was so scared,thank u for teaching me that friend come and go but u'll always be there,thank u for standing by me through thick and thin,thank u for smiling for me even when it killed u inside,thank u for being my Best Friend...I LOVE U GUY"S and i love u MUM...
Pada korang2 yg aku tak sempat nk letak picture korang kat cni,that not doesn't mean aku tak penah sygkan korang and tak appreciate kehadiran korang dalam idup aku,cumenya page nih terlalu kecik tuk aku letak sumer kwan yang ada lam nie....aku tetap syg korang,and ada lam ati aku slalu....
 

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...