Pages

Monday 12 December 2011


SAAT BERPISAH


Wouppss..!!Jangan gelabah okeh,nie saya share dari seorang sahabat kepada seorang sahabat..xde kena mengena dgn saya..
 
Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al Quran dan Al Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah  SAAT BERPISAH
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Pada kita, cuma pasrah…
PASRAH
 Tuhan,
Pada Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar 
Tuhan,
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi
Tuhan,
Langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
Tuhan,
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-Mu
seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan Ilahi!

Wednesday 7 December 2011

First Year Celebrate Husband Birthday


"Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi 'BABY'...Selamat Hari Jadi..." =)
(SORRY UPLOAD LAMBAT SGT CERITA HARI JADI YOU..)

Entry kali ni saya buat khas buat sempena hari lahir suami tercinta yang ke 33 jatuh pada 4 December 2011...dah tua dah dia...hehe...sebenarnya saya tak sempat nak cari hadiah awal-awal untuk husband...masa hari birthday dia baru berpeluang nak gi cari...itupun saya terpaksa tipu husband..petang masa balik dari city centre baru saya teringat nak beli hadiahnya, saya mesej husband bagitau saya balik lambat sebab banyak keje nak jumpa kawan kat city centre...tapi sebenarnya saya keluar awal setengah jam lepas tu singgah ZARA semata-mata nak cari hadiah...(^__^)

Tak lama pun saya cari sebab kat orumah dah fikir nak beli hadiah apa...so senang takyah pening-pening kepala...jumpa je barang terus bayar...promoter tu tolong wrape lagi hadiah tu..suka-suka...=).Singgah dekat cake bakery cari birthday cake plak tuk dia,adusshh,sshnya la nak buat surprise duduk negara org nih..!!

Sampai rumah tak bagi lagi kat husband...buat tak tau je....malam saya nyalakan lilin atas cake yang saya letakkan atas meja besebelahan dgn tmpt dia tidur dengan kad kat atas katil...masa tengok tv, saya suruh husband tolong tengokkan stand light kat dalam bilik,konon2 macam rosak and x menyala la..ehekkss..!!;-)...terkejut dia tengok ada cake atas meja and card..kuat giler dia menjerit...haha....and saya pun masuk bilik bila dia panggil saya dan saya berikan dia hadiah yang saya beli siang tadi..suka sgt dia..;-)



Buat 'Baby'...semoga you happy dengan hadiah pemberian dari i tahun ni...This is first year we celebrate your birthday together,walaupun x semeriah mana,as long as we happy kan..!!i tau hadiah ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah you curahkan untuk i...i ingatkan dapat hadiahkan 'cahaya mata' kat you tapi belum ada rezeki lagi and plus kita baru kawen kan....tapi you jangan kecewa ek...insyaAllah kita cuba lagi...=)



Tuesday 6 December 2011

GYARU Style Injections


GYARU!

Heeyyy everyone. I didn't die =P I'm sorry I'm not posting as much as I thought 
I would be lol. But I promise I'll work on that. It's just that the weather is soo 
depressive lately! It's very very cold and I feel like not doing anything 
at all. Okay enough excuses. I was just lazy.. =P

Anywho, I was surfing the internet and this is what caught my attention.
 Japanese sub-cultures. One of them was Gyaru. Gyaru - is a Japanese 
translation of the English word gal (girl in American). Basicly gyaru are 
girls that love labels, shopping, having fun with their friends, wearing a 
lot of make-up, partying & they have a lack of interest in work or marriage
 lol. And there's a lot of varieties of gyaru. If you want to find out more
 about them you can click the link bellow.
http://en.wikipedia.org/wiki/Gyaru




So basicly what gyaru care about is mostly just about guys and the way 
they look. I can't judge their intelectual level of course, but for one, I 
think their super cute and I think their looks are interesting. 
Their style is completily different from american & european 
chicks and is inspired by anime-characters and cute stuff. 
  

 Himegyaru. 
Is one of the varieties of gyaru. Himegyaru means Princess Girl. 
Their style is very princess-like. Everything they wear is really cute. 
They're all about dresses, pretty nails, flowers, animal prints, bows, 
lace, soft pink colors, pearles, cute jewellery, make-up, perfect big 
dolly-like hair. They look like this:

This is a tutorial on how to make anime looking eyes & be a himegyaru.
 I think I'm going to try it out and post some pics later lol ^__^ 


Did you notice how perfect their hair is? I'm soo jealous 
=P Oh btw princess girls like to dyi their hair sweet caramel colors & hair
 accessories for them is a must, as you can see. Here I found an article 
on how to be a himegyaru, if anyone is interested lol.
http://www.wikihow.com/Be-a-Himegyaru

Ganguro 
The name comes from the word ganguro which means 
"black face". Ganguro gal look is bleached blond or silver hair, 
deep tanning achieved by tanning beds or makeup, 6 inch or higher 
high heels that make them tower among the average Japanese, also 
cell phones covered with stickers & bling, mini-skirts, hibiscus flower 
hairpins, contact lences, fake eye lashes and lots of bracelets, rings 
and necklaces. Their trying to interpritate their own california fake girl 
look, but with a japanese twist in it. Extreme fashion followers of 
ganguro are the yamanba, which translates as "mountain hag or witch" 
from Japanese folklore. Besides being ganguro yamanba wear the 
most outrageous makeup and clothes with white lipstick, 
white eyeshadow around their eyes (the panda-racoon look), 
white shades on their noses & cheeks, as well as fake tear 
drops and stickers.   



Wooo Ganguro Yamanba party lmaoo. Don't these girls look like 
their from another planet!? Or a cartoon? =P Lol I can't imagine 
wearing that much makeup on my face or that many accessories.
 But I find it quite entertaining to watch them =D

Bellow are some images of more Gyaru gals.



Look how huge this girl's eyes look! I definetly want to try my makeup 
out like that hehe. And omg their hair! It's to die for. How can it be
 that perfect?! Ahhhh lol. These subcultures are like another reason 
that I want to go Japan. Imagine seeing all these dolls live.

Well I think Gyaru are really cute & the ones that go extreme on 
that fashion are still fun to look at. What do you guys think? Would
 you wear tons of accessories & foundation 5 times darker than 
ur skin tone with white lipstick? =P

Hope you liked this post, I wanted to be original.
xoxo

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...