Pages

Monday 12 December 2011


SAAT BERPISAH


Wouppss..!!Jangan gelabah okeh,nie saya share dari seorang sahabat kepada seorang sahabat..xde kena mengena dgn saya..
 
Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al Quran dan Al Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah  SAAT BERPISAH
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Pada kita, cuma pasrah…
PASRAH
 Tuhan,
Pada Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar 
Tuhan,
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi
Tuhan,
Langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
Tuhan,
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-Mu
seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan Ilahi!

Wednesday 7 December 2011

First Year Celebrate Husband Birthday


"Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi 'BABY'...Selamat Hari Jadi..." =)
(SORRY UPLOAD LAMBAT SGT CERITA HARI JADI YOU..)

Entry kali ni saya buat khas buat sempena hari lahir suami tercinta yang ke 33 jatuh pada 4 December 2011...dah tua dah dia...hehe...sebenarnya saya tak sempat nak cari hadiah awal-awal untuk husband...masa hari birthday dia baru berpeluang nak gi cari...itupun saya terpaksa tipu husband..petang masa balik dari city centre baru saya teringat nak beli hadiahnya, saya mesej husband bagitau saya balik lambat sebab banyak keje nak jumpa kawan kat city centre...tapi sebenarnya saya keluar awal setengah jam lepas tu singgah ZARA semata-mata nak cari hadiah...(^__^)

Tak lama pun saya cari sebab kat orumah dah fikir nak beli hadiah apa...so senang takyah pening-pening kepala...jumpa je barang terus bayar...promoter tu tolong wrape lagi hadiah tu..suka-suka...=).Singgah dekat cake bakery cari birthday cake plak tuk dia,adusshh,sshnya la nak buat surprise duduk negara org nih..!!

Sampai rumah tak bagi lagi kat husband...buat tak tau je....malam saya nyalakan lilin atas cake yang saya letakkan atas meja besebelahan dgn tmpt dia tidur dengan kad kat atas katil...masa tengok tv, saya suruh husband tolong tengokkan stand light kat dalam bilik,konon2 macam rosak and x menyala la..ehekkss..!!;-)...terkejut dia tengok ada cake atas meja and card..kuat giler dia menjerit...haha....and saya pun masuk bilik bila dia panggil saya dan saya berikan dia hadiah yang saya beli siang tadi..suka sgt dia..;-)



Buat 'Baby'...semoga you happy dengan hadiah pemberian dari i tahun ni...This is first year we celebrate your birthday together,walaupun x semeriah mana,as long as we happy kan..!!i tau hadiah ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah you curahkan untuk i...i ingatkan dapat hadiahkan 'cahaya mata' kat you tapi belum ada rezeki lagi and plus kita baru kawen kan....tapi you jangan kecewa ek...insyaAllah kita cuba lagi...=)



Tuesday 6 December 2011

GYARU Style Injections


GYARU!

Heeyyy everyone. I didn't die =P I'm sorry I'm not posting as much as I thought 
I would be lol. But I promise I'll work on that. It's just that the weather is soo 
depressive lately! It's very very cold and I feel like not doing anything 
at all. Okay enough excuses. I was just lazy.. =P

Anywho, I was surfing the internet and this is what caught my attention.
 Japanese sub-cultures. One of them was Gyaru. Gyaru - is a Japanese 
translation of the English word gal (girl in American). Basicly gyaru are 
girls that love labels, shopping, having fun with their friends, wearing a 
lot of make-up, partying & they have a lack of interest in work or marriage
 lol. And there's a lot of varieties of gyaru. If you want to find out more
 about them you can click the link bellow.
http://en.wikipedia.org/wiki/Gyaru




So basicly what gyaru care about is mostly just about guys and the way 
they look. I can't judge their intelectual level of course, but for one, I 
think their super cute and I think their looks are interesting. 
Their style is completily different from american & european 
chicks and is inspired by anime-characters and cute stuff. 
  

 Himegyaru. 
Is one of the varieties of gyaru. Himegyaru means Princess Girl. 
Their style is very princess-like. Everything they wear is really cute. 
They're all about dresses, pretty nails, flowers, animal prints, bows, 
lace, soft pink colors, pearles, cute jewellery, make-up, perfect big 
dolly-like hair. They look like this:

This is a tutorial on how to make anime looking eyes & be a himegyaru.
 I think I'm going to try it out and post some pics later lol ^__^ 


Did you notice how perfect their hair is? I'm soo jealous 
=P Oh btw princess girls like to dyi their hair sweet caramel colors & hair
 accessories for them is a must, as you can see. Here I found an article 
on how to be a himegyaru, if anyone is interested lol.
http://www.wikihow.com/Be-a-Himegyaru

Ganguro 
The name comes from the word ganguro which means 
"black face". Ganguro gal look is bleached blond or silver hair, 
deep tanning achieved by tanning beds or makeup, 6 inch or higher 
high heels that make them tower among the average Japanese, also 
cell phones covered with stickers & bling, mini-skirts, hibiscus flower 
hairpins, contact lences, fake eye lashes and lots of bracelets, rings 
and necklaces. Their trying to interpritate their own california fake girl 
look, but with a japanese twist in it. Extreme fashion followers of 
ganguro are the yamanba, which translates as "mountain hag or witch" 
from Japanese folklore. Besides being ganguro yamanba wear the 
most outrageous makeup and clothes with white lipstick, 
white eyeshadow around their eyes (the panda-racoon look), 
white shades on their noses & cheeks, as well as fake tear 
drops and stickers.   



Wooo Ganguro Yamanba party lmaoo. Don't these girls look like 
their from another planet!? Or a cartoon? =P Lol I can't imagine 
wearing that much makeup on my face or that many accessories.
 But I find it quite entertaining to watch them =D

Bellow are some images of more Gyaru gals.



Look how huge this girl's eyes look! I definetly want to try my makeup 
out like that hehe. And omg their hair! It's to die for. How can it be
 that perfect?! Ahhhh lol. These subcultures are like another reason 
that I want to go Japan. Imagine seeing all these dolls live.

Well I think Gyaru are really cute & the ones that go extreme on 
that fashion are still fun to look at. What do you guys think? Would
 you wear tons of accessories & foundation 5 times darker than 
ur skin tone with white lipstick? =P

Hope you liked this post, I wanted to be original.
xoxo

Thursday 24 November 2011

wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Judulnya mungkin sudah sering didengar atau dibaca oleh banyak orang. Artinya jelas tapi bermakna mendalam. Sedalam menjadi orang baik itu susah tidak semudah menjadi orang tidak baik. Tuhan menciptakan manusia berpasangan dengan begitu kompleks perbedaan, tapi pada akhirnya juga perbedaan itu bisa menjadi satu dalam bingkai pernikahan, kalau sudah ketemu jodohnya.
Jodoh itu masih menjadi hak prerogatif Tuhan seperti rezeki dan mati. Tapi mengusahakan jodoh itu sebuah keharusan. Lelaki dan perempuan diberikan keleluasaan untuk mengusahakan pasangannya dan bila sudah siap lahir-batin diharuskan untuk membingkainya dalam pernikahan. Banyak lelaki atau perempuan dengan mudahnya mendapatkan pasangan hidupnya atau jodohnya. Tapi tidak sedikit juga yang terus mengusahakan dan bertemu dengan kendala. Ada yang berputus asa, ada yang pasrah dan menghibur diri dengan pernyataan “jodohku biar yang atur“. Tuhan mengatur dan manusia mengusahakan.
Perjuangan dalam mengusahakan jodoh dan akhirnya memperolehnya kadang harus melewati perjuangan dan proses pengenalan yang panjang. Sejak manusia diberikan rasa menyukai lawan jenisnya disitulah sebenarnya proses mencari pasangan. Cinta monyet pindah ke cinta versi pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Masa itu adalah ruang untuk mengenal, menyamakan rasa, ego sendiri untuk diisikan ego pasangan sampai pada kesepakatan, “this is it…….” (gaya chef Farah) dan berujung “….saya terima…” atau “….I do…..”.
Mendapatkan jodoh yang baik itu hak. Perempuan baik sangat berhak mendapatkan jodoh lelaki yang baik, begitu sebaliknya. Mendapatkan yang baik kadang membutuhkan pembelajaran dari masing-masing pasangan. Dalam ruang mengusahakan jodoh ditemui banyak karakter dan setiap karakter memberikan pembelajaran sehingga kadangkala wacana idealnya pasangan juga mengalami pergeseran (wahh ayat saya sgt skema), kerana pembelajaran tadi memberi keyakinan bahwa mampu untuk menerima kekurangan pasangannya. Tapi jangan sampai kekaguman terhadap seseorang itu menumpulkan penilaian objectif pada karakter.
Beberapa kawan2 saya sedang menguasahakan jodoh. Ada yang masih dalam taraf pengenalan, ada yang sudah serius mau mencari suami/istri. Kemarin saya berjumpa sorang teman, dia bercerita kalau dia mempunyai teman lelaki/wanita, sudah bekerja, sholehah (Insyaallah). Teman saya setiap pagi selalu berkomunikasi dengannya melalui media yang ada, sms, telepon bahkan instant messaging. Pernah suatu pagi, teman saya menghubunginya dan tak terjawab dan dia membalasnya kemudian “…sorry tadi dhuha dulu…. (maksudnya sholat dhuha). Setiap waktu sholat dia selalu mengingatkan untuk jangan lupa untuk sholat. Dalam hati saya kagum mendengar cerita teman saya ini.
Perempuan baik jodohnya lelaki baik...

Ok bab satu dah selesai,kita pergi bab lain plak,kang u all bosan plak kan..!!!
Seperkara yang menjadi pertanyaan seorang sahabat dua hari yang lalu sempat saya fikir-fikirkan seketika. Ada benarnya apa yang dikatakan olehnya. Dahulu, saya pernah berfikir begitu, sama seperti apa yang sahabat ini lontarkan. Tetapi saya memasang keyakinan bahawa janji TUHAN tidak akan pernah meleset dan menyalahi, bahawa lelaki yang baik hanya dikurniakan untuk wanita yang baik. Mungkin tamsilan dalam pepatah melayu yang mengungkapkan ‘Pipih tak akan terbang bersama enggang’ ini boleh dijadikan pedoman awal. Begitu jua, setitis nila yang masuk ke dalam susu akan merosakkan segala yang ada di dalam belanga. Nampakkan? Mekanisma yang baik tidak sesekali akan mudah dicampurkan dengan kejahatan. Apatah lagi manusia.

Ingatlah, dosa dan pahala tidak akan bercampur. Neraka dan syurga pun diciptakan berasingan, azab atau nikmatnya juga lain-lain. Dan al-Quran pun menyatakan pendirian yang sama (At-Thoyyibun lithoyyibat), masakan Kalam ini berdusta, lihat nanti penjelasanya.

Begini kisahnya, dan beginilah mesej yang saya terima daripadanya melalui ruang Facebook:

‘Emm biasanya orang cakap lelaki @ perempuan yang baik akan dapat pasangan yang baik jugakan?? saya ade kenal someone,( iye kenal lagi,u all kan tau saya ramai kawan..!!).. saya rase dia baik sangat, dengar cakap orang tua, belajar pandai dan tak dinafikan ramai orang suka dengan dia.. tapi bila dia berkahwin semua berubah. lelaki dia teruk. sudahlah tak bekerja, pagi-pagi sudah keluar rumah malam baru dia balik.. dahlah dorang menumpang di rumah perempuan tu. saya kesian sangat kat kawan saya tu.kenapa ya jadi macam tu??’

Dua ke tiga hari saya memerah idea untuk mendapatkan jawapannya, amat sukar bermain dengan persoalan yang sifatnya berlawanan ini. TUHAN berkata begini tetapi yang berlaku pula begitu atau sebaliknya. Saya merasakan ia adalah hikmah walaupun kebaikkannya disembunyikan.

Saya memulakan bicara ini dengan menyatakan sedikit keyakinan kepada semua pembaca agar berpegang dengan janji ALLAH yang satu ini agar tidak nanti terasa menyeleweng. Bahawasanya, lelaki yang baik akan tetap disediakan untuk wanita yang baik. Walau apapun jua situasi yang berlaku di luar kotak fikiran kita, yang seolah menampakkan ianya berlaku bertentangan dengannya, ia sekadar pengajaran dan hikmah yang sementara waktu untuk sampai kepada janji ALLAH yang satu. frasa ‘baik hanya untuk yang baik’ adalah suatu kepastian yang realiti. Yang ini harus anda percaya dan terus berpegang dengannya.

Memberi tanggapan pada Kalam TUHAN yang menyatakan ‘lelaki baik untuk wanita yang baik’ secara luaran dan mata kasar sahaja belum lagi mencukupi untuk menilainya. Justeru, untuk mendalami kata-kata ALLAH ini perlulah mendalaminya dengan lebih dekat lagi melalui cara berfikiran di sebaliknya. Jika tidak, tanggapan itu akan menjadi rosak dan anda akan mudah bersangka buruk pada TUHAN. Kerana itulah sesetengah orang, apabila melihat sepasang suami isteri yang mana isterinya terlalu baik tetapi suami pula berlaku sebaliknya, manusia mula bersangka sesuatu kepada TUHAN, dan berkata bahawa ‘DIA tidak adil menjadikan begitu dan telah melanggari janji-NYA’ 

Langsung, kita sudah tersalah anggap pada TUHAN sendiri.


Pemberian ALLAH Itu ‘Berbeza-Beza’ Jalannya

Ada manusia yang dikurniakan oleh ALLAH isteri dan suami yang baik serta soleh semenjak di awal pertemuan lagi. Sebelum diikat sebagai pasangan sehidup-semati dia sudah ditemukan dengan pasangan yang baik-baik, lelakinya berbudi manakala perempuannya pula bersopan, pendek kata mereka pasangan yang ideal dan sekufu dari segi kebaikkannya. Lantas, ia suatu rahmat ALLAH taala kepada mereka ini.

Mahu dijadikan takdir dan ketentuan, akhirnya mereka disatukan di atas jinjang pelamin. Mereka hidup sebagai suami isteri yang sah dan bahagia. Anak yang lahir pula, menjadi anak-anak yang taat dan berbakti kepada dua ibu bapanya. Makanya ternyata kata-kata ALLAH yang menyebutkan ‘lelaki baik untuk wanita yang baik’ telah terbukti di situ.

Anda pasti tahu bahawa TUHAN itu terlalu adil sifatnya sehingga takdir yang dilakarkan untuk manusia itu kadangkala tidak terjangkau oleh fikiran manusia, waimmah buruk pada pandangan manusia itulah yang baik untuk keadaan dan situasi manusia.

Namun, tidak semua manusia yang ALLAH mahu kurniakan sesuatu berharga itu kepadanya dengan jalan yang mudah dan senang, oleh kerana keadilannya juga DIA tetap mahu mengurniakan kepada manusia itu sesuatu yang berharga tetapi mahu diuji terlebih dahulu sejauh mana hebat hamba-NYA. Sudah menjadi lumrah alam, barang yang berharga mungkin sukar untuk diperolehi. Begitulah manisnya madu, korang mungkin perlu menghadapi risiko disengat lebah, risiko memanjat pokok yang tinggi dan lain-lain lagi, akhirnya barulah madu yang berkualiti dan mahal harganya dapat dirasai lidah – suami dan isteri solehah adalah barang berharga yang lebih dari segala harta.

Kalau tidak di awalnya, pasti pada ‘akhirnya’ dia akan memperolehi ‘barang berharga’ itu.

Soalnya, ‘Habis tu. Kenapa kawan saya tu tak dapat suami yang baik, sedangkan dia perempuan yang baik pada pandangan saya?’ tambahnya pada saya lagi.

Saya mengajak sidang pembaca melewati kisah nabi Yusuf a.s. dan Siti Zulaikha seketika.(wahh dah macam masa saya kat sekolah plak,sesi lawan pidato..perghh..!!;-)) Mengapa pada ‘akhirnya’ Nabi Yusuf a.s. bersatu menjadi suami isteri bersama Siti Zulaikha sedangkan jika mahu dikatakan Siti Zulaikha seorang perempuan yang tidak baik dan mahu menggoda Nabi Yusuf a.s dengan tujuan untuk melakukan perbuatan terkutuk? Saya mahu katakan di sini bahawa jangan hanya melihat di awalnya tetapi melihat dengan fikiran yang mendalami (lihat di akhirnya).

Siapa tahu, Siti Zulaikha yang pada awalnya berniat jahat akhirnya berubah menjadi wanita solehah kerana tertarik akan akhlak si Yusuf. ‘Akhirnya’ Siti Zulaikha ditakdirkan menjadi wanita baik dan dijodohkan oleh ALLAH taala bersama Nabi Yusuf a.s. Bukankah itu juga dikatakan ‘lelaki baik dikurniakan untuk wanita yang baik’ walaupun Zulaikha tidaklah dikategorikan sebagai wanita baik pada awalnya. Jangan terlalu menghukum sesuatu di awalnya sahaja, lihat pula bagaimana pengakhirannya.

Begitulah yang saya mahu maksudkan kepada korang, mungkin tidak semua manusia ini mudah-mudah untuk TUHAN kurniakan kepada mereka suami atau isteri yang baik. Barangkali terpaksa melalui jalan kesakitan, ujian, keperitan atau pelbagai kepayahan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga dan baik.

Mungkin juga, si isteri perlu berhadapan dengan suaminya yang berperangai jahat dan buruk sementara waktu untuk ALLAH mengurniakan kepadanya suami yang baik suatu hari nanti. Siapa tahu, masa yang berlalu bisa merubah si suami menjadi seorang suami yang taat dan baik budi pekertinya. Bukankah itu juga yang disebutkan ‘suami yang baik diciptakan untuk isteri yang baik’. Cuma jalan melaluinya sahaja yang payah.

Apapun, janji ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran tidak sesekali DIA nafikan. Hitam kata ALLAH maka HITAMlah yang akan dikotakan, jika putih katanya, demikianlah.


‘Tidak Semua’ dan ‘Tidak Semestinya’

Hikmah ALLAH itu terlalu luas untuk difahami biarpun sesuatu yang berlaku itu di luar kotak pemikiran manusia. Kerana itu, di dalam mehnah dan fitrah hidup di dunia ini, ‘tidak semua’ yang dikehendaki oleh kita akan terjadi, ‘tidak semestinya’ apa yang lazim berlaku akan berlaku. Bunga yang cantik tidak semestinya berbau wangi, begitulah tamsilannya.

Saya kira ‘tidak semua’ dan ‘tidak semestinya’ ini adalah suatu hikmah tersembunyi dan salah satu kekuasaan DIA yang menjadikan manusia. Misalnya, Nabi ALLAH Nuh a.s. baginda tidak dikurniakan isteri dan anak-anak yang baik. Akhirnya mereka mati ditenggelami bah yang besar kerana enggan beriman dan menurut perintah Nabi Nuh a.s.

Begitu juga Asiah isteri kepada Firaun, bukan sahaja suaminya seorang yang zalim bahkan kufur kepada ALLAH taala. Demikian juga yang berlaku kepada Nabi Soleh a.s. Betapa besarnya hikmah ALLAH yang melaksanakan semua ini. Tugas kita sebagai manusia untuk mengambil manfaat dan pengajaran daripadanya.

Wallahu Ya’lamu wa antum La Ta’lamun (ALLAH lebih Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui – apa yang berlaku; iaitu di sebaliknya kejadiannya)


Teruja dan Terkejut

Diakhirnya sahabat ini sempat menyebutkan perkara yang memberatkan hati saya. Inilah rahsia kebahagiaan. Bukan sahaja kesan bahagia untuk rumah tangga (suami dan isteri) tetapi penting untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, katanya:

‘Abang, mungkin juga tak apa yang berlaku pada kawan saya tu sebab dia melawan kata ibunya? Sebab sepanjang hidup dia, dia seorang yang baik. Cuma pada bab kahwin, dia tak sependapat dengan ibunya. Barangkali ibunya sudah berkecil hati’

Saya hanya menjawab: YA!

Redha ibu adalah jawapan kepada semua kebaikkan dan keburukkan. Pesan saya pada dia, jangan bermain dengan redha ibu yang walaupun nampak kecil, utamakan dia dari segenap aspek.

Itulah KEHIDUPAN – pelik dan luar biasa!


p/s: perasaan saya bercampur-baur lewat dua ke tiga hari ini. Saya mengharap perasaan ini akan mengundang bahagia dan ketenangan atau terus berhenti dari bermain di fikiran saya. INSYAALLAH,kerana saya percaya dikala saya dan suami saya diijabkabulkan,dihari pertama saya menjadi isterinya,saya cuba untuk menjadi isterinya yang taat dan patuh,dan saya tidak pernah akan menyesal kerana DIA ADALAH SYURGA SAYA..





I made this widget at MyFlashFetish.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...