Fever,flu,sore throat and leg pain..!!!Haiiiisshhh...Apalah nasib..!!!
Saya akui, saya ada sedikit mengeluh dengan ujian Allah nie. Malu pulak dengan Allah sebab saya merungut dengan ujian yang baru seringan nie. Sakit saya nie tak sampai suku pon deritanya Nabi Ayyub 'alaihissalaam. Itu pon saya da merungut dan mengeluh? Astaghfirullah . . . betapa saya kurang sabar.
Tapi alhamdulillah, saya syukur. Pabila berbicara dengan seseorang sebelum tido smalam, saya telah diingatkan bahawa ujian sakit ini adalah tanda Allah sayangkan hambaNya kerna sakit itu adalah kifarah dosa-dosa yang telah dilakukan.
Sungguh, manusia ini pelupa bila diberikan ujian. Kerna itu kita perlu teman untuk mengingatkan kita untuk kembali mengemudi langkah atas jalanNya. InsyaAllah.
Terima kaseh teman, kerna mengingatkan. Terima kaseh Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosa saya.
Sungguh, manusia ini pelupa bila diberikan ujian. Kerna itu kita perlu teman untuk mengingatkan kita untuk kembali mengemudi langkah atas jalanNya. InsyaAllah.
Terima kaseh teman, kerna mengingatkan. Terima kaseh Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosa saya.
yang selalu saya dengar, sakit itu kifarah dosa. apa itu kifarah?
'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
" Ya Allah! Aku ini hambaMu yang kerdil dan lemah. Sungguh terkadang aku lupa dan merintih, merungut dan mengeluh dengan ujianMu. Sedangkan ujianMu itu tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku risau andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku mengundang murkaMu.Aku takut andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku membawa aku jauh dariMu, ya Allah! Lalu, dengan RahmatMu kupohon keberkatan insan-insan bernama teman dan sahabat sebagai penyeri hidupku dan pengingat aku kepadaMu di kala aku lupa."
0 comments:
Post a Comment