Wahhhh..!!!!!!tajuk tak agak2 kan..??tapi saya nak cerita sket pasal melayu nie,KENAPA MELAYU SEMAKIN LAYU..??
Kenapa ya, ada istilah "Janji Melayu"?
Sebab Melayu memang lembab ya?
Kenapa ya, orang Melayu tak suka English?
Bila orang speaking, mula muncung mulut,
toleh kepala ke belakang sebab nak mengumpat.
Kenapa ya, orang Melayu cepat sangat give up?
Study tak habis, tapi tergedik gedik sangat nak kahwin.
Okay cukup. Kalau saya bebel banyak banyak pun,
bukan orang baca kan?
Rangkap 1 ;
Saya hidup hampir 30 tahun. Berjuta kali aku merungut "Ala, apa ni? Kata pukul 9.00 mula. Mane semua orang ni?" dan berjuta kali orang membalas, "Ala biasa la tu wey, janji Melayu. Kata pukul 9.00, tapi mula nanti pukul 9.30". Korang rasa mana asalnya perkataan "Janji Melayu"? Kenapa Melayu? Kaum majoriti kat Malaysia ni? Bukan kaum Cina, bukan juga India. Melayu ni memang lembab ya? Saya bukan apa, sekadar bertanya. Tapi ya, mulut saya memang berbisa.
Rangkap 2 ;
Saya memang orang Melayu. Betul, sekadar ada sikit darah Siam. Tapi tu pun dah dilute. Sekadar ada hidung mancung2 penyet saja. Bertutur tak reti pun. Tapi bila sampai bahasa Inggeris, saya sangat suka. Pergilah ke mana pun, majoriti orang sekeliling, kalau dengar orang speaking english saja, mulut muncung muncung, "Tengok tu, speaking konon. Hebat lah tu. Nak jadi minah saleh ke? Sedar tak kau tu orang Melayu?". Saya sedar saya orang Melayu, tapi saya taknak jadikan alasan untuk tidak maju semata mata kerana dikatakan 'melupakan bahasa ibunda sendiri'. Boleh sahaja pentingkan keduanya. Kau pergi London, nanti kau cakap Melayu, ada orang nak faham engkau? Engkau cakap bahasa Melayu sentiasa, kau gunakan dengan betul ke? Itu kah maksud kau 'memartabatkan bahasa Melayu'?
Tapi tak apa, saya rela senyum, dan berkata "Tak apa, saya mahu maju, taknak jadi tolol kalau tiba tiba ada foreigners tanya saya arah jalan ke kan. Tak adalah dia fikir orang Malaysia especially kaum Melayu ni tolol tolol belaka, tak reti cakap English."
Maaf,saya tahu, bahasa saya berbisa.
Rangkap 3 ;
Ramai yang kahwin awal. Yaa, bagus, elak maksiat. Tapi bila orang tanya, belajar sampai mana? Terkebil kebil, tertunduk malu, tak tahu nak jawab apa. Saya malas nak elaborate panjang panjang. Berhenti belajar, sebab apa? Bosan, dari tadika, sampai SPM belajar, dah muak tengok buku, tengok cikgu. Masing masing punya cara sendiri. Tapi ada yang kahwin dahulu, kemudian sambung belajar. Yang ni baru betul elak maksiat, bukan kahwin awal sebab dah miang sangat. Maaf ayat saya pedas macam lada. Yaa, maaf lagi sekali.
Memang takkan hilang, tapi kalau setakat hanya wujud tiada bakti,
tak guna juga.
Banyak lagi contoh lain boleh ambil, tapi cukup la saya ambil 3 contoh ni sahaja. Elaborate banyak banyak pun, kalau masing masing ego tak faham bahasa, buat keras kepala, tak guna juga. Penat jari saya berbicara sahaja. Yaa, saya tahu ayat saya berbisa, macam lada, macam celaka. Tapi kalau tak bisa, tak pedas, tak celaka, korang dengar ke nasihat saya nanti? Cemuh lah saya, marahlah saya, saya cuma tak faham bangsa kita. Mari sama sama muhasabah diri. Di mana salah, di mana silapnya. Terimalah entri ini dengan minda terbuka, kalau tak tahan, sila jangan datang lagi. Kerana memang bahasa saya berbisa.
"Saya baling bisa, supaya nanti korang dapat madunya"
-Fyacinta Russ
Ayuh muhasabah, dan cubalah baca ;
Malay Dilemma karangan Tun Dr. Mahathir, dan
Saya pun Melayu karangan Zaid Ibrahim.
Sekian renung2kan lah..!!!Berpolitik lak saya..!!zazzzzzsss tido dulu..good nite...!!
0 comments:
Post a Comment