Arini saya nak cerita pasal kenapa ramai orang membina blog termasuk la saya nie kan..??hehhehehe
Saya suka jalan jalan pergi blog orang. Banyak genre blog yang saya jumpa. Cuba korang fikir balik. Tutup mata, tarik nafas, hembus, lepas tu fikir balik. Apa fungsi korang buat blog ni? Okay jom mula.
Tutup mata,
tarik nafas,
hembus,
fikir.
Dapat?
korang tergolong dalam mana satu? Jom tengok!
1-) Sebagai online diary.korang cerita hal harian korang semata mata dalam blog korang. Apa korang nampak, apa korang jumpa, apa korang buat sepaaaaaaaanjang hari! korang macam buat diary lah kan. Kot kot nanti bila bosan, korang baca balik blog korang tu.
2-) Sebagai medium untuk famouskan gambar gambar.
Kategori ni khas untuk orang yang minat gila bidang photography, bukan pornography. Kalau korang minat yang second tu, korang sebar kat blog korang, saya isytiharkan korang sangap. Sumpah saya minat photography, tapi nak snap snap tu saya takda bahan der. saya nak dslr. Tapi kan, most photographers kan, diorang selalu share kat flickr. Memang photo photo kat situ, cantek cantek!
Note ; Saya tak suka orang sangap. Pegi mati bai.
3-) Sebagai ruang untuk korang cerita pasal perspektif lu.
Tak kira dalam topik apa pun, friendship, cinta, politik, kehidupan seharian, semua orang ada perspektif sendiri. Kadang kala kita ekspresikan dalam blog. Blog macam ni bagus jugak, sebab kalau kita baca, kita tau yang tak semua orang sama kepala hotak dengan kita. Gaya pemikiran lain lain.
Note ; Jangan pernah perkecilkan pendapat orang lain. Tutup mulut, terima, dan senyum.
4-) Sebagai sumber korang cari duit. korang nak cari duit poket lebih kan? Nak siap siap untuk duit mas kahwin bini korang nanti kan?tu yg laki la,tapi kalau perempuan tuk shoping kot..?? Haha, ada jugak bloggers yang memang ini tujuan utama bukak blog. Tempek iklan sana sini. Advertlets, Nuffnang, Dapatwang, etc. Kalau ada sekotak dua, tak apa la. Ni kalau dah isi entri pun seciput taik hidung, iklan je yang lebih, pergh, salute korang ah. Hahaha, kelakar pun ada. Takpalah, janji rezeki korang Tuhan murahkan. Amiin.
Note ; Saya plan nak letak 2 je iklan, nak kumpul duit beli handset baru. (Kononnya)
5-) Sebagai medium luahan perasaan.
Kalau hampir setiap entri korang mula macam ni ; (contoh la)
"Hari ni geram sangat! Abu tikam belakang aku, blablabla"
"Aku badmood ni! Roommate aku pangai macam sial! Dia, blablabla"
"Aku benci kau! Kau ni lah insan paling hodoh pernah aku tengok sebab blablabla"
Tahniah! korang tergolong bawah kategori ni! Hahaha, sumpah saya teringin nak rasa macam mana nak emo dalam blog, tapi lebey2 saya tak berani. So saya respect sapa yang masuk kategori ni. saya suka baca, sebab kadang kadang tengok orang emo ni macam kelakar pun ada.
Note ; Hahaha, contoh pembuka entri tak ada kaitan dengan Abu, atau sapa sapa.
6-) Sebagai medium untuk menyampaikan sastera karangan sendiri.
Haaaa, saya kagum dengan korang yang jatuh bawah kategori ni. Sriyes! Kadang kadang bila saya tengah berpenuh perasaan, saya karang la jugak sajak, konon nak jadi orang sastera, tapi tak jadi! Tak sehebat dia tu, tak sehebat dia ini. Saya tabik spring sama korang, keep it up!
Note ; Mungkin saya tak boleh terima yang saya ni budak bukan jenis sastera? Haha.
7-) Sebagai ruang untuk iklankan bisnes anda.
Banyak site online shopping yang guna blog untuk menjalankan bisnes. Senang untuk kedua dua pihak. Si pelanggan tak payah susah susah make up 5-inci semata mata sebab nak keluar rumah, dan si penjual tak payah bersusah payah berpeluh ketiak jaga kedai ke apa kan? Dunia dah maju beb. Saya kagum dengan korang ah! ;)
8-) Sebagai medium untuk berdakwah.
Yeah, saya minat yang ni la. Tapi jarang saya jumpa. Bagus bagus, keep it up para blogger yang bawak genre Islamic, tak macam blog saya, lagha gila! Harharhar. Blog yang sampaikan pesanan, atau bangkitkan isu isu agama yang sering diambil mudah. Saya akui, saya banyak terkena jugak bai. Saya insan biasa. Kekurangan saya, macam daun berguguran masa musim luruh. =,="
Note ; Tengok, kan saya dah cuba nak bersastera, tapi tak jadi.
9-) Sebagai ruang menyampaikan informasi.
Tutorial, tips, resipi, dan macam macam lagi yang ada dalam blog kategori ni. Saya suka baca, sebab saya ni banyak benda saya tak tahu. Itu tak tahu, ini tak tahu. Macam contoh la, tips tips nak kuruskan badan (Seswai untuk saya), dan macam macam lagi. Tapi kalau dah korang paparkan info, bagitau la sumbernya dari mana, tak adalah orang nak tuduh korang plagiat itu ini.
Note ; Jangan jadikan isu plagiat sebagai punca traffic korang jatuh. Saya benci orang copy paste.
Haa, dah pilih kategori mana blog korang ni? Saya main tulis je jenis jenis yang saya terlintas ni. Blog saya? Korang rasa jatuh bawah kategori mana? Jujur la Saya cakap kan, saya rasa jatuh dalam kategori "rojak" kot. Hahaha! Saya mintak ampun dan maaf kalau korang tak suka baca blog saya. Kalau tak suka sila klik button X kat penjuru kanan atas window ni ya. Terima kasih.
P/s ; Apa lagi, pilih pilih!
Sekian...
0 comments:
Post a Comment