Pages

Saturday, 2 October 2010

Surat untuk Mak,Ayah & Semua Family

Andai aku diberi ruang kesempatan dapat memutar semula waktu, aku ingin kembali kepada waktu 20 tahun yang lalu. Akan aku bermula semula dari situ. Kerana 20 tahun yang lalu aku masih belum kenal erti dunia. Dan belum pernah aku tertarik kepada jerat manusia…

Namun itu tak akan terjadi kerana walaupun ada keajaiban, ia hanyalah akan membawa aku ke arus yang menyesatkan. Makin lama aku hanya makin jauh dari dataran yang selamat untuk berpijak. Dah lama aku tidak berpijak di atas daratan itu. Daratan yang digelar kehidupan yang sepatutnya.

Aku dalam arus ini sudah mampu berenang. Aku nampak ada jalan untuk aku ke daratan sana. Namun aku teruskan kehendak arus. Aku biarkan arus membawa aku ke hadapan kerana aku sebolehnya mahu tinggalkan arus dibelakang sana…yang pernah menolak aku ke sini sekarang.

Indahnya saat kanak-kanak itu. Berbasikal untuk ke sekolah dan bermain lompat getah waktu rehat hingga sanggup tak makan. Seorang pengawas sekolah yang menjadi perhatian guru kerana petah berkata-kata dan yakin untuk ke hadapan memberi pandangan. Juga seorang sahabat yang nakal dan memberi hiburan dalam kumpulan remaja kecil.

Indahnya saat menjadi anak MAK ketika itu. Menjadi harapan MAK untuk menjaga adik-adik ketika MAK keluar mencari rezeki. Indah juga menjadi insan itu kerana sedar akan tanggungjawabnya.

20 tahun lalu, aku lah kanak-kanak itu. Akulah anak itu… arus mengubah aku dan kanak-kanak harapan guru, sekolah dan keluarga seakan samar dan berlari keluar dari dalam diri.

Siapa aku hari ini? aku bukan lagi kanak-kanak itu walaupun tubuh yang membesar ini masih lagi tubuhnya. Nama ini masih namanya. Namun hati dan jiwa ini bukan lagi dia…

Dulu tangan MAK yang memukul aku terasa pedihnya namun tak terluka di dalam kerana memang salah aku. Kini walaupun tak pedih di kulit, hati sering terpukul dek air mata dan wajah suram MAK kerana itu juga salah aku. MAK tak pernah ingin menghukum. Segala kesilapan hanyalah hukuman aku buat sendiri. Aku mengalirkan air mata ibu. Aku melahirkan keluhan ayah.

Itulah hukuman aku. Melihat kekecewaan mereka…Aku syg Mak aku..Aku syg Ayah aku..Aku syg family aku!!

0 comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...